26 July 2012

Syria gempur bandar Aleppo

BEIRUT 25 Julai - Syria mengerahkan beribu-ribu anggota tentera ke bandar Aleppo, awal hari ini ketika tentera udara menghujani bandar itu dengan serangan bom bagi menamatkan pemberontakan, hingga menjadikan bandar kedua terbesar di Syria itu seperti medan perang.


Sejak beberapa hari lalu, kebangkitan rakyat selama 16 bulan lalu di Syria telah berubah daripada pemberontakan di wilayah pedalaman kepada peperangan untuk menguasai dua bandar utama, Aleppo dan Damsyik.

Tentera kerajaan telah melancarkan serangan balas besar-besaran di kedua-dua bandar tersebut dan berjaya mengusir pemberontak dari Damsyik dan kini menuju ke Aleppo, sebuah hub komersial di utara Syria. - Utusan