SHAH ALAM – Masalah kekurangan bekalan air bersih di Selangor, Kuala
Lumpur dan Putrajaya tidak berlaku seperti yang digambarkan beberapa
pihak sebelum ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi berkata, hasil
pemantauan Jawatankuasa Pemantauan Air mendapati hanya beberapa kawasan
di Cheras manakala tempat lain tidak mengalami gangguan bekalan air.
“Makluman daripada empat mesyuarat yang dijalankan bersama Syabas dan
semua pihak terlibat, daripada maklumat, jumlah dan data yang diperoleh
daripada Syabas dan semakan di loji-loji berkenaan kita dapati masalah
yang dikatakan sebenarnya tidak berlaku
sebagaimana yang didakwa.
“Cuma kami dapati hanya beberapa tempat di Cheras yang menerima bekalan
air dari Loji Sungai Langat mengalami masalah kekurangan bekalan air,”
katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri,
semalam. - SH