KUALA LUMPUR 23 Julai - Meskipun konflik di Syria
semakin genting dengan berlakunya kejadian tembak menembak dan bedilan
bom, sembilan pelajar Malaysia bertindak nekad untuk tidak pulang ke
tanah air.
Pemangku Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPSM), Anuar
Majdi Azahan berkata, terdapat antara pelajar tersebut yang ingin terus
menetap di Syria berikutan tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk menyambung belajar di
negara ini.
"Walaupun sebelum ini saya telah meminta mereka pulang sementara ke
tanah air dan sekiranya keadaan beransur pulih, tiada halangan bagi
mereka untuk kembali ke Syria namun, mereka sudah nekad kekal di Syria
dalam apa jua risiko yang menimpa.
"Saya juga meminta mereka supaya mengutamakan keselamatan keluarga
bagi yang berkeluarga berbanding kehendak peribadi. Namun, mereka tidak
mengendahkan permintaan itu dan terus menetap di Syria atas alasan
pengajian universiti masih berjalan seperti biasa.- Utusan