24 July 2012

Rogol menantu OKU: Warga emas dijel 20 tahun

MELAKA 23 Julai - Seorang warga emas berusia 65 tahun dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan lima kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan merogol menantunya yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU), tahun lalu.


Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh yang mengaku melakukan sumbang mahram terhadap mangsa berusia 26 tahun itu di sebuah rumah di Batang 4, Asahan, Jasin kira-kira pukul 8 malam pada pertengahan Ogos tahun lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam tahun dan maksimum 20 tahun serta sebatan.

Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya atas alasan sudah berusia dan mempunyai cucu, anak yang masih bersekolah serta perlu membayar sewa rumah. - UTUSAN

* Hukuman begitu dahsyat tapi suspek tiada peguam bela. Tak masuk akal...