TAWAU: Seorang guru didenda berjumlah RM3,500 oleh
Mahkamah Majistret di sini, Selasa selepas dia mengaku bersalah atas
dua pertuduhan iaitu mencederakan dan mengugut isterinya.
Fadzil Hamdani, 35, didenda RM1,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi kesalahan mencederakan isterinya, Rosziwati Ahmad, 35, di sebuah rumah di Felda Umas pada kira-kira 10 malam, 26 Februari tahun ini.
Dia didenda RM2,500 atau lima bulan penjara bagi kesalahan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada isterinya itu pada tarikh, masa dan di tempat yang sama.
Berdasarkan fakta kes, Fadzil telah menampar pipi kiri dan kanan isterinya semasa sedang melipat kain di ruang tamu dan kemudian mengeluarkan kata-kata ugutan mengancam nyawa isterinya itu. -BERNAMA

No comments:
Post a Comment