Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyeru warga imam dan ahli
jawatankuasa masjid di seluruh negara supaya tidak menjadi golongan
"mufsidun" yang mengadakan perhimpunan BERSIH di kota suci Mekah dan
Madinah.
Katanya, golongan imam perlu menjadi seperti kumpulan
"muslihun" - kumpulan yang disifatkannya sebagai golongan yang melakukan
pembaharuan atau tranformasi.
Najib berkata, golongan "mufsidun" membuat kerosakan perpaduan antara kaum dan sesama umat Islam dan imej negara.
Katanya
lagi, perhimpunan BERSIH yang diadakan di dua kota itu pada April lalu
menyebabkan "imej negara ini rosak sehingga berkemungkinan kuota haji
akan ditarik balik".
"Ini bukan satu perkara yang boleh dipandang
enteng oleh sesiapa. Pernah (kerajaan Arab Saudi) tidak membenarkan
jemaah sebuah negara (menunaikan haji).
"Ini bukan perkara yang
perlu dimainkan. Saya tahu ada negara sudah sampai di Jeddah, tetapi
disuruh patah balik. Dibayar harga minyak, disuruh balik, tak boleh
tunai ibadah haji," katanya.
Menurutnya,
kerajaan membenarkan sesuatu perhimpunan atau berbeza pendapat dengan
kerajaan tetapi dibuat "mengikut cara, undang-undang dan berhemah".
Najib
berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis Perhimpunan
Perdana warga imam dan ahli jawatankuasa masjid seluruh negara yang
dihadiri lebih 10,000 orang di Serdang pagi ini.
Bagaimanapun,
Najib yang juga menteri kewangan berkata selepas beliau mengadakan
perbincangan dengan Raja Abdullah, maka kuota jemaah haji Malaysia
"tidak dikaji semula".
"Saya nak beritahu tok-tok imam, kerajaan
sudah berusaha melalui saluran tertentu dan tertutup, saya juga ada
hubungan yang rapat dengan Raja Abdullah untuk menyampaikan laporan
sebenar (mengenai BERSIH).
"Kita khuatir ribuan (jemaah) boleh
jadi tak dapat (tunai haji) tahun ini... Kita menjelas dan meyakinkan
kerajaan Arab Saudi, (maka mereka) tidak kaji semula kuota haji.
Alhamdulillah, ini perjuangan kita," katanya. - Mkini
* Rasuah, lucah, fitnah tak sesuai dalam golongan muslihun tetapi munafikun...