PKR hari ini mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa Thales
International, syarikat yang didakwa terbabit dalam urusniaga
Perancis-Malaysia dalam pembelian kapal selam, akan memenangi bidaan
untuk projek sambungan LRT Ampang.
Pengarah strategi PKR Rafizi
Ramli mendakwa dokumen tersebut menunjukkan bahawa Thales menggunakan
syarikat tempatan George Kent sebagai "perantara" dengan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak.
Beliau merujuk kepada laporan didakwa
sebagai penilaian teknikal oleh Halcrow untuk projek tersebut, beliau
mendakwa Thales akan memenangi bidaan berkenaan.
Thales terlibat dalam tiga usahasama yang membida untuk projek berkenaan, dakwanya.
Tiga
firma usahasama itu termasuk konsortium George Kent-Wijet-Thales yang
dinyatakan akan dipertimbang walau gagal dalam penilaian teknikal, dakwa
Rafizi yang merujuk laporan penilaian teknikal Halcrow.
Rafizi mendakwa, kesemua peraturan telah dilanggar untuk memberi kelebihan kepada Thales.
"Siapa lagi yang boleh membuat arahan ini melainkan ia berada bawah naungan perdana menteri?," soalnya.
Projek berkenaan berada bawah skop Kementerian Kewangan yang diketuai perdana menteri. - Mkini
No comments:
Post a Comment