Tuntutan bonus Aidilfitri untuk 1.4 juta penjawat awam di negara ini
adalah antara isu yang akan dibincang dalam mesyuarat Kongres Kesatuan
Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Isnin ini.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.
Cuepacs
juga akan membincangkan dasar baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
(SPA) yang membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya kepada Bernama, di
ibunegara hari ini.
Omar mengulangi pendirian Cuepacs yang
tidak bersetuju dengan dasar itu kerana dianggap menutup peluang kerjaya
untuk lepasan SPM, selain boleh membawa masalah kepada SPA pada masa
depan.
"Selain itu, Cuepacs juga membantah dasar SPA yang
membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan
berbanding lima sebelum ini," katanya.
Katanya keputusan Cuepacs
berhubung kedua-dua dasar itu akan dikemukakan kepada Pengerusi SPA Tan
Sri Mahmood Adam pada 19 Julai ini.
Selain itu, Omar berkata
Cuepacs juga akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara
Datuk Seri Dr Ali Hamsa di sini pada 16 Julai.
Selain beramah
mesra, beliau berkata Cuepacs berharap Ali dapat memberikan pendapat dan
komitmennya dalam memperjuangkan kebajikan penjawat awam - Bernama
* Setengah bulan gaji pun ok...
No comments:
Post a Comment