28 July 2012

Pemberontak tahan 100 tentera Syria di Aleppo

BEIRUT 28 Julai - Kumpulan pemberontak Syria telah menahan seramai 100 tentera kerajaan sepanjang pertempuran di bandar Aleppo, menurut rakaman video yang diedarkan kumpulan aktivis, semalam.

 Rakaman tersebut menunjukkan berpuluh-puluh lelaki sedang duduk di sebuah kawasan dan dikenal pasti sebagai kumpulan militia Shabiha.

Video tersebut dipercayai dirakam oleh anggota Tentera Pembebasan Syria (FSA). - AFP