Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membatalkan pengisytiharan
Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai tahun lepas bahawa Gabungan
Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) adalah sebuah pertubuhan 'haram'.
Hakim
Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya pagi ini berkata BERSIH telah
berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa
ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Oleh itu, katanya, mahkamah membenarkan permohonan BERSIH, dengan tiada perintah tentang kos.
Empat
belas jawatankuasa pemandu BERSIH yang diketuai oleh Datuk S Ambiga
telah menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan
sebagai responden.
Pada 1 Julai tahun lalu, Menteri Dalam Negeri,
Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah
mengisytiharkan gabungan itu sebagai haram, sejurus sebelum perhimpunan
BERSIH 2.0 pada 9 Julai. - Mkini
* Umno akan jawab "Ini menunjukkan mahkamah itu bebas"...