PUCHONG – Keasyikan pengunjung dan tukang urut mandi berdua-duaan dalam
keadaan berbogel sebelum ke babak melakukan seks di sebuah premis rumah
urut di Bandar Puteri di sini terbantut selepas dicekup pihak berkuasa,
dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.
Ketika serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menyerbu premis terbabit, tukang urut
didapati leka memandikan pelanggan masing-masing di atas katil dalam
bilik air.
Tiga pasangan lain pula melakukan urutan badan ke badan (B2B) tanpa seurat benang.
Difahamkan, premis terletak di tingkat tiga bangunan tidak mempunyai
papan tanda dan beroperasi antara jam 10 hingga 3 pagi itu menawarkan
khidmat urutan B2B, mandi buih dan hubungan seks.
Beberapa kondom terpakai, minyak pelincir dan ratusan pil dipercayai
bagi menguatkan stamina ketika melakukan hubungan seks turut ditemui
ketika serbuan.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata,
serbuan diketuai Pegawai D7, Inspektor Roslin Mohd Isa dan Ketua Polis
Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin menyerbu dua premis di
One Puchong dan Bandar Puteri.
Menurutnya, 20 tukang urut masing-masing enam warga Vietnam, 10 warga
Thailand dan empat warga China menggunakan pas lawatan sosial serta 12
pelanggan warga tempatan berusia antara 20 hingga 30-an dicekup.
Katanya, pengusaha rumah urut itu menawarkan pakej istimewa kepada
pelanggan dengan memberikan khidmat percuma selepas 10 kali berkunjung
ke premis itu.
“Setiap tukang urut dipercayai mampu melayan hampir 10 pelanggan berdasarkan kad kerja diperiksa,” katanya. - SH
* Hukuman ringan seolah-olah kerajaan UmnoBN redha dengan semua itu. Jangan sama jika Pakatan memerintah nanti sudah...