Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa
kerajaan negeri itu mahu melaksanakan haknya untuk mengambil alih
operasi syarikat pemegang konsesi air negeri - Syarikat Bekalan Air
Selangor Sdn Bhd (SYABAS).
Katanya, ini kerana kerajaan Selangor
meragui pengumuman cadangan catuan air oleh SYABAS kerana pengawal selia
air negeri dan ahli lembaga pengarah SYABAS tidak dimaklumkan.
Bercakap
dalam sidang akhbar hari ini, Khalid berkata, tujuh empangan negeri di
seluruh Selangor mempunyai kapasiti air yang cukup dan melimpah.
Berikutan
itu, katanya, kerajaan negeri membuat keputusan mengunakan kuasa bawah
Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk memberi notis kepada Kerajaan
Persekutuan untuk Kerajaan Negeri “step-in” dalam operasi SYABAS.
Sementara
itu, dalam satu kenyataan, Khalid menjelaskan, bagi menjaga kepentingan
rakyat Selangor, kerajaan negeri meminta setiausaha kerajaan negeri
bersama pengawal selia air negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh
SYABAS.
Jawatankuasa tersebut, katanya, akan minta SYABAS memberi laporan harian untuk menerangkan kedudukan air semasa.
Tidak sama dengan krisis air 1998
Sementara
itu, kata Khalid lagi, Konsortium ABASS juga akan diminta menyertai
jawatakuasa itu yang mana syarikat itu akan memanggil pakar bebas yang
berpengalaman semasa krisis air 1998 untuk memantau kesahihan laporan
dan maklumat oleh SYABAS.
"Perlu ditekan di sini, keadaaan
sekarang tidak boleh disamakan dengan krisis air pada 1998 kerana tujuh
empangan negeri di seluruh Selangor mempunyai kapaisiti air yang cukup
dan melimpah.
"Kerajaan negeri menggesa supaya proses
penstrukturan semula industri air diteruskan dengan segera kerana SYABAS
jelas tidak berkemampuan untuk memberi perkhidmatan air yang baik
kepada pengguna," kata Khalid.
Ini, tambahnya, jelas ditunjukkan
apabila SYABAS setakat bulan April 2012, mempunyai tanggungan jumlah
tertunggak kepada operator rawatan air dianggarkan sebanyak RM2.8
billion.
"SYABAS juga gagal menurunkan kadar air tidak terhasil (non-revenue water) kepada 20 peratus. Tambah pula, laporan awal audit mendapati SYABAS tidak melaksanakan kerja-kerja capex (capital expenditure) mereka dengan baik," kata Khalid lagi.
Berdasarkan
alasan di atas, katanya, kerajaan negeri sudah dua kali menghantar
surat kepada Kerajaan Persekutuan pada 19 Disember 2008 dan 21 Januari
2011 untuk membatalkan perjanjian konsesi tersebut.
"Oleh kerana
Kerajaan Persekutuan tidak memberi sebarang maklum balas terhadap
surat-surat tersebut, kerajaan negeri telah membuat keputusan mengunakan
kuasa di bawah Klausa 32 dalam perjanjian konsesi untuk memberi notis
kepada Kerajaan Persekutuan untuk Kerajaan Negeri “step-in” dalam
operasi SYABAS.
"Kerajaan negeri juga akan meneruskan usaha
mencari sumber air alternatif seperti air bawah tanah dan menambah baik
kapisiti loji rawatan air sedia ada dengan mengguna pakai teknologi
terkini," katanya. - Mkini
No comments:
Post a Comment