SHAH ALAM – Adik lelaki kepada Muhdalina Ahmad dirakamkan percakapan
bagi membantu siasatan berhubung kejadian amuk di Kompleks B, Jabatan
Perdana Menteri, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, keterangan lelaki itu diambil kelmarin.
“Siasatan kes itu masih dijalankan. Kita akan panggil sesiapa sahaja
yang boleh membantu siasatan,” katanya kepada Sinar Harian.
Abdul Razak berkata, kertas siasatan itu akan siap sepenuhnya dalam tempoh terdekat.
Sebelum ini, lima individu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kejadian amuk terbabit.
Individu itu antaranya, suami Muhdalina, isteri Khalil Afandi Abd Hamid dan seorang pemblog .
Dalam kejadian itu, polis terpaksa melepaskan tembakan setelah Khalil
Afandi dan Muhdalina mengamuk dengan bersenjatakan pedang samurai.
Tembakan itu menyebabkan Khalil Afandi Abd Hamid maut ketika dirawat di
Hospital Putrajaya, manakala Muhdalina cedera di paha kanan. - Mkini
No comments:
Post a Comment