Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan itu akan
menyiasat dakwaan bahawa pengawai siasatannya "menyeksa" tahanan ISA
semasa reman.
"Oh ya, kita akan siasat... Sekiranya ada aduan, kita akan siasat," katanya kepada pemberita di Puchong hari ini.
Malaysiakini pada
bulan lalu melaporkan bahawa nota yang diseludup keluar daripada kem
tahanan Kamunting mendakwa tahanan berkenaan diseksa semasa berada bawah
jagaan polis sebelum dipindahkan ke kem tersebut.
Seorang
jurucakap polis Ramli Yoosuf bagaimanapun menepis dakwaan tersebut yang
disifatkannya sebagai "tidak berasas" dan "berniat jahat".
Antara
yang dinyatakan dalam nota berkenaan ialah seorang tahanan warga Iraq –
Sami Hammad – yang mengakui melalui peguamnya bahawa beliau diseksa
sehingga cuba membunuh diri semasa tempoh reman terssebut.
Kedutaa Iraq berkata mereka membuat susulan dengan kerajaan Malaysia melalui "saluran rasmi." - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment