KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, beliau tidak mahu lagi berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Dr Chua berkata, majlis presiden MCA pada Selasa memutuskan bahawa
beliau tidak perlu berdebat lagi dengan Lim kerana menyifatkan tindakan
itu hanya membazir masa.
“Lim Guan Eng hanya menggunakan debat untuk menyerang orang lain
kecuali Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan tidak
menyertai debat yang sihat,” kata beliau pada sidang media selepas
mesyuarat presiden MCA di sini.
Dr Chua berkata, Lim menggunakan debat sebagai platform untuk
mengutuk hujah orang lain dan tidak menjawab sebarang soalan yang
ditujukan kepadanya.
“Saya turut bersetuju dengan rakan-rakan saya bahawa saya tidak akan menerima sebarang debat daripada beliau,” katanya. - Mstar
* Chua ini debat bukan kuiz...
No comments:
Post a Comment