KUALA LUMPUR - Lelaki yang ditembak mati di pekarangan Kompleks B,
Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam, yang menggelar dirinya
‘Imam Mahadi’ mungkin mengalami gangguan mental atau 'oppositional
conduct disorder', iaitu kecenderungan untuk membantah dan memberontak
dalam apa jua keadaan.
Pakar Perunding Psikologi Utama, International Psychology Centre Sdn
Bhd, Dr Edward Chan ketika memberikan pandangannya itu berkata, dengan
kata lain seseorang itu mungkin mengalami kecelaruan minda.
"Berdasarkan pemerhatian saya melalui blog lelaki itu, saya dapati
bahawa dia mempunyai perasaan curiga, sinis dan tidak rasional terhadap
sesuatu perkara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya, lelaki tersebut juga berkemungkinan mengalami gangguan mental
sejak kecil lagi atau tidak mendapat nutrisi pemakanan yang seimbang dan
juga kesan daripada pengambilan dadah.
"Selalunya individu yang mengalami gangguan ini akan bersifat murung,
cepat marah dan panas baran yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang
awam kerana mereka akan bertindak di luar kawalan," katanya.
Chan berkata sehubungan itu, sokongan moral dari keluarga dan
rakan-rakan amat penting bagi mengelakkan individu tersebut bertindak di
luar kawalan.
"Bila ada sokongan dari orang-orang yang rapat dengan mereka ini,
sekurang-kurangnya mereka (kawan-kawan) dapat mengenalpasti gangguan
yang dialami individu tersebut di peringkat awal lagi.
"Bila dah dapat ‘early detection’, macam murung dan sebagainya, mereka
(kawan-kawan) boleh merujuk individu tersebut kepada pihak profesional
untuk rawatan dan bantuan dari aspek psikologi macam kaunseling dan
sebagainya," katanya.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang semalam, lelaki itu yang dikenali
sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, mati ditembak polis ketika mengamuk
bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar
perkarangan Kompleks B, JPM.
Suspek wanita berusia 28 tahun itu, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan dirawat di Hospital Putrajaya.
Sementara itu, Penganalisis Jenayah Kamal Affendi Hashim mencadangkan
agar setiap anggota polis termasuk polis bantuan dan sukarelawan
dibekalkan dengan skim insuran memandangkan mereka sentiasa berdepan
dengan risiko bahaya. - Bernama
* Ada yang berpendapat ini tanda berakhirnya UmnoBN bila semua kumpulan antaranya artis, pegawai kanan polis, veteran Umno, dan sebagainya termasuk orang 'gila' pun sudah benci pada UmnoBN...
No comments:
Post a Comment