TUNIS 20 Julai - Mahkamah Ketenteraan Tunisia semalam, menjatuhkan
hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas Presiden, Zine El Abidine Ben
Ali tanpa kehadirannya atas dakwaan membunuh 43 penunjuk perasaan
semasa kebangkitan rakyat negara ini pada 2011.
Hakim Hedi Ayari berkata, Ben Ali dibicarakan bersama 40 bekas
pegawainya yang lain termasuk bekas Ketua Keselamatan Presiden, Jeneral
Ali Seriati, yang dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun.
Sebelum ini, Ben Ali turut dijatuhi hukuman penjara lebih 66 tahun
atas pelbagai dakwaan termasuk menyeludup dadah dan menggelapkan wang. -
AFP
