22 July 2012

Bagaikan mati hidup semula


Seorang banduan yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengucap syukur di hadapan Penjara Kluang, semalam selepas dibebaskan setelah mendapat pengampunan daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Mingguan/ RAJA JAAFAR ALI

KLUANG 21 Julai - Bagaikan mati hidup semula. Itulah rahmat Ramadan bagi seorang banduan yang mendapat pengampunan Sultan Johor daripada hukuman mati dan dibebaskan pada hari pertama bulan yang mulia ini.

Insan yang ingin dikenali sebagai Pak Wan, 58, itu mengakui telah merengkok di lima penjara selama 26 tahun dan hari ini dibebaskan dari Penjara Kluang setelah mendapat pengampunan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pak Wan sebelum ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana mengedar ganja di Benut, Pontian dan mula memasuki penjara pada usia 32 tahun. - Utusan