Wanita yang parah dibakar teman lelakinya selepas bertengkar di sebuah
rumah di flat Taman Segar, Cheras, Jumaat lepas, meninggal dunia hari
ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP
Khairi Ahrasa berkata wanita berusia 23 tahun itu meninggal dunia pukul
12.50 tengah hari di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM) selepas melecur teruk 90 peratus.
"Sehubungan itu,
polis menahan reman teman lelakinya berusia 35 tahun itu sehingga Jumaat
(29 Jun) untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
membunuh," katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Teman lelaki wanita itu, yang ditahan pada hari kejadian, turut melecur di tangan dan dirawat di PPUKM.
Kejadian
pada jam 3 pagi itu disedari jiran mangsa setelah mendengar jeritannya
sebelum mendapati ruang tamu rumah berkenaan musnah terbakar.
- Bernama
No comments:
Post a Comment