KUALA LUMPUR - Tangisan pelayan pelanggan (GRO) minta dilepaskan tidak diendahkan polis dalam serbuan di sebuah pub di Puchong awal pagi, semalam.
Dalam serbuan kira-kira jam 12.15 tengah malam itu, pasukan Bahagian Pencegahan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Bukit Aman berjaya menahan 12 warga Vietnam dan seorang warga China yang leka melayan pelanggan.
Ketua operasi, Inspektor Mohamad Md Jais berkata, semua wanita yang berusia 19 hingga 35 tahun itu menggunakan pas lawatan sosial sementara dua lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
“Siasatan awal mendapati wanita warga Vietnam menjadi pilihan pelanggan kerana menyediakan perkhidmatan dengan harga serendah RM100.
“Dipercayai kadar bayaran perkhidmatan seks yang ditawarkan hanya RM130 untuk sekali perkhidmatan,” katanya.
Beliau berkata, ketika serbuan 30 pelanggan sedang berhibur dengan GRO dalam pub tersebut. Mohamad berkata, semua wanita yang ditahan dipercayai dibawa ejen yang akan dihantar di beberapa pub di sekitar Puchong.
“Kita turut menahan seorang lelaki berusia 32 tahun yang dipercayai penjaga pub tersebut dan semua mereka di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Puchong untuk siasatan,” katanya. - SH
No comments:
Post a Comment