Pelakon yang popular dengan drama bersiri 'Dunia Anita' dan 'Trilogi Cinta',
Siti Fazurina telah mengambil keputusan untuk bertudung selepas menyambut ulang
tahunnya yang ke 30.
Memetik laporan sebuah portal berita, niat Fazurina
untuk bertudung datang dari keikhlasan hatinya sendiri dan bukannya dipaksa oleh
sesiapa.
"Saya tidak punya apa-apa alasan kenapa saya ambil keputusan
untuk bertudung tetapi ia datang dari hati saya sendiri selepas menyambut hari
lahir yang ke-30," ujarnya.
Ditanya mengenai tawaran berlakon selepas
berimej baru ini, Fazurina tetap optimis dan menganggap setiap orang punya
rezeki masing-masing yang datang daripada Allah.
"Kalau saya tidak
bertudung pun kata rezeki itu bukan milik saya, ia tetap tidak akan menjadi hak
saya. Saya reda dengan semua ketentuan tetapi itu bukan alasan untuk saya tidak
berbuat apa-apa mengenainya. Apa yang penting usaha.
"Niat saya bertudung
bukan sementara, saya rasa sudah cukuplah saya membuka tudung sebelum ini, saya
percaya dengan rezeki dari Allah," ujarnya lagi. - SH
No comments:
Post a Comment