SHAH ALAM - Seniman, Datuk Aziz Sattar, 87, menafikan beliau kini dalam
proses bercerai dengan isterinya, Datin Hashimah Delan, 54, seperti dilaporkan
sebuah portal hiburan, semalam.
Beliau yang ketika ini berada di Sabah atas urusan kerja, ketawa ketika
ditanya mengenai status perkahwinannya itu.
"Hubungan kami masih baik dan tidak ada masalah. Itu semua (berita
penceraian) hanya khabar angin dan kami masih bahagia sehingga sekarang.
"Saya harap tiada pihak yang mempercayai khabar angin tersebut dan lebih baik
mereka doakan kebahagiaan saya dan keluarga," katanya kepada Sinar Harian.
Aziz dan Hashimah melangsungkan perkahwinan pada 16 Disember 2006 di Masjid
Negeri Shah Alam. Perkenalan pasangan itu bermula di sebuah majlis anjuran
Klasik FM di Taman Nirwana, Ampang pada 2005 menjadi titik tolak perhubungan
mereka. - SH
No comments:
Post a Comment