22 June 2012

'Saya Rasa Macam Selebriti ' - Rafizi

PETALING JAYA: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya untuk meletakkan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor.

Mohd Rafizi berkata keputusannya itu kekal namun beliau akan tetap bersam-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam memperjuangkan kebenaran serta membantu parti itu mengambil alih kerajaan sedia ada pada pilihan raya umum ke-13.

“Dalam tempoh beberapa hari ini, tolong beri saya beberapa hari untuk bersama-sama dengan isteri dan keluarga. Semua ini mengusutkan keadaan,” katanya dalam entri terbaru dalam akaun twitter miliknya pada Jumaat.

Pada Khamis, mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor.
Beliau berkata, perletakan jawatan adalah proses biasa dan beliau memerlukan rehat bagi menunaikan ibadah sempena bulan Ramadan ini.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Mohd Rafizi berkata peletakkan jawatannya menjadikan beliau umpama selebriti dan sentiasa menjadi tumpuan masyarakat.
"Saya rasa macam selebriti hari ini. Hendak makan dekat kedai mamak pun susah…Katanya semua buat laporan besar-besaran….Wah naiklah saham," katanya.

Beliau turut menegaskan tidak akan melompat parti walaupun setelah beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor.
“Kepada yang ragu-ragu saya akan lompat parti, saya berjanji akan bersunat sekali lagi kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini,” katanya.
Rafizi menyandang jawatan Ketua Eksekutif Penasihat Ekonomi Selangor sejak kira-kira dua tahun lalu. - Mstar

No comments:

Post a Comment