KOTA BHARU 23 Jun - Jawatankuasa Kajian Semula Pendidikan dijangka selesai
membuat kajian ke arah penambahbaikan mutu pendidikan negara dalam tempoh dua
bulan lagi, kata Pengerusi Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) 2012,
Tan Sri Dr Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin.
Katanya, kajian itu akan mula dilakukan selepas anggota panel yang dilantik
menganggotai DNPN itu selesai menjelajah ke seluruh negara bagi mengumpul
cadangan daripada orang ramai.
"Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 ini dijangka selesai membuat
penjelajahan ke seluruh negara pada 14 Julai ini," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan majlis penutup dialog tersebut peringkat negeri Kelantan di
sini hari ini. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment