07 June 2012

PTPTN bekukan pinjaman

KUALA LUMPUR 6 Jun - Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman membabitkan pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) bertujuan memberi peluang kepada pembangkang membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebagai institusi pengajian tinggi milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, pihaknya beranggapan Unisel bersedia untuk memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar sekali gus menolak PTPTN.

“Kita percaya kesungguhan kerajaan Selangor yang dikuasai PKR untuk melaksanakan pendidikan percuma, maka ia dilihat pinjaman PTPTN tidak diperlukan.
“Sehubungan itu, PTPTN menangguhkan buat sementara waktu kepada para pelajar baru Unisel.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk kepada pelajar yang sedang menuntut kerana masih terikat dengan perjanjian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan

* Apalah dosa budak-budak itu. Yahudi pun tidak tindas bangsa dia sendiri...

No comments:

Post a Comment