07 June 2012

Pembangkang boleh siarkan manifesto parti di televisyen

KUALA LUMPUR 6 Jun - Parti-parti pembangkang berpeluang menyiarkan manifesto parti masing-masing di stesen-stesen televisyen tempatan termasuk RTM semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan tersebut dicapai dalam satu mesyuarat jemaah menteri baru-baru ini dan ia juga diputuskan berikutan penubuhan jawatankuasa khas berhubung perkara itu di Dewan Rakyat.

"Apabila Dewan Rakyat dibubarkan atau mengikut lunas tempoh masa yang diberikan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) untuk berkempen, maka dalam masa berkempen itulah, hak bagi menyuarakan manifesto parti-parti politik diberi menerusi RTM dan badan-badan penyiaran lain. - Utusan

No comments:

Post a Comment