22 June 2012

MAS selesai saman dengan Tajudin Ramli

Syarikat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) hari ini mencapai penyelesaian dengan bekas pengerusinya Tan Sri Tajudin Ramli dalam tiga kes samannya.

Difahamkan, MAS akan memperolehi tanah di Langkawi yang menempatkan hotel Four Seasons sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur difahamkan membenarkan MAS dan Tajudin menarik balik saman dan tuntutan balas masing-masing.

Penyelesaian itu dibuat di hadapan hakim Rosilah Yop.

Satu pengumuman dijangka akan dibuat di Bursa Malaysia hari ini. - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment