KUALA LUMPUR 7 Jun - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini melancarkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang menjadikan isu kebajikan bangsa Malaysia sebagai visi utamanya.
Abdul Kadir, selaku presiden parti baharu itu, berkata, penubuhannya adalah untuk mengembalikan semangat bangsa Malaysia yang menurutnya dilihat sewaktu pemerintahan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra.
“Ikatan akan menjadikan perjuangan dan amanat kemerdekaan Tunku sebagai paksi perjuangan kami dalam mengembalikan hak rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan parti itu di sini hari ini. - BERNAMA
* Terlalu banyak sangat parti pun payah...
No comments:
Post a Comment