21 June 2012

Hosni Mubarak kini koma

KAHERAH 20 Jun - Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak kini berada dalam keadaan koma di sebuah hospital di sini selepas mengalami strok di penjara,

Sumber perubatan dan tentera menafikan laporan awal menyatakan Hosni yang kini bernafas menggunakan alat bantuan pernafasan itu, telah diisytihar 'mati otak'.

Ketidaktentuan tentang kesihatan pemimpin yang digulingkan itu dalam satu kebangkitan rakat pada tahun lepas dibayangi ketegangan baru di negara ini, dengan dua calon pilihan raya Presiden mendakwa masing-masing menang besar dan majlis pemerintah tentera mengambil alih pentadbiran negara. - AFP

No comments:

Post a Comment