KUALA LUMPUR 9 Mei: Peneroka Felda sepatutnya menerima ganjaran RM50,000 bukannya RM15,000 seperti diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata, berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip Felda selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion dan ia adalah hak 112,635 keluarga peneroka Felda di seluruh negara.
“Namun, hanya 30 peratus (RM15,000 setiap keluarga) dari dana yang dikutip diagihkan kepada peneroka dan ia berjumlah RM1.689 bilion. Najib mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Rafizi, jumlah RM5.6 bilion itu diperoleh melalui penjualan 59 peratus pegangan sedia ada Felda dalam Felda Global Venture (FGV) berjumlah 1.2 bilion unit saham. Manakala FGV pula akan turut menerbitkan saham baru berjumlah hampir 1 bilion unit.
Katanya, terbitan saham Felda dan FVG berjumlah lebih dua bilion unit itu bernilai RM4.65 sesaham.
Jelas beliau, proses penyenaraian dibuat kerana tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan Felda Plantatians Sdn Bhd dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian.
“Tanpa tanah yang diambil oleh Felda atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal,” katanya menjelaskan kajian dibuat berdasarkan analisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga saham apabila disenaraikan.
Justeru, beliau mencabar Najib untuk mengumumkan agihan RM50,000 kepada setiap keluarga peneroka Felda, berbanding RM15,000.
“Ini bukanlah kali pertama Datuk Seri Najib Razak berpura-pura mendahulukan rakyat. Sedangkan di belakang beliau dan suku sakat mengaut keuntungan besar dengan menggunakan nama rakyat,” tegas Rafizi. -KeadilanDaily

assalamualaikum. maaf terima kasih dan alhamdulillah hari ni mak sy dah dpt duit durian runtuh. syukur alhamdulillah. bg kami anak felda rasa syukur sgt dgn bonus bkn utk kami tapi ibu bapa kami. org mungkin x tahu masa getah harga terlalu rendah siapa yg hulurkan bantuan alhamdulillah byk agensi kerajaan dtg dermakan beras ,makanan, duit belanja. dan kami belajar dgn byr yuran secara ansuran sikit sikit x pernah sek atau jab pendidikan marah . kami diasuh utk bersyukur. anda tak pernah berada disituasi kami 12 org adik beradik tp hasil getah dan sawit ini juga berjaya. sbb itu kami bersyukur yg penting semua warga felda dapat bahagian wpun berapa diperolehi alhamdulillah . duit itu adalah bonus bg ibu bapa kami. warga felda menadah tgn kesyukuran kehadrat Allah.
ReplyDelete