20 May 2012

Kian Sit Har tak menyesal sertai BERSIH 3.0

Ketua Wanita MCA Melaka Kian Sit Har berkata beliau tidak mengesali tindakannya hadir dalam perhimpunan BERSIH 3.0 bersama 5,000 orang di Dataran Pahlawan di negeri itu pada 28 April lalu.


"Saya gembira dan bangga bahawa saya tidak melepaskan peluang untuk berdiri bersama anak muda," kata bekas senator BN itu kepada Malaysiakini dalam satu wawancara.

Kehadiran ramai anak muda dalam perhimpunan BERSIH 3.0 merupakan satu perkara yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini, kata Kian.

Golongan yang tidak menyertai perhimpunan itu "kerugian" kerana tidak berbuat demikian, katanya lagi.

Malah, ramai wanita jelita yang diperhatikannya hadir di bawah panas terik matahari dan melaungkan slogan "Bersih", kata Kian lagi.

Perkara itu menunjukkan golongan muda kini prihatin dengan negara, katanya.

Kehadirannya di perhimpunan itu menimbulkan kemarahan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang meminta Kian berundur dari MCA.

Kian bukan ahli sembarangan dalam MCA. Beliau menyertai parti itu pada usia 17 tahun dan bertanggungjawab menubuhkan Wanita MCA Melaka pada 1975 – pergerakan yang diketuainya sehingga hari ini. - Malaysiakini

* Bila nak pilihanraya ni Najib. Tak sabar nak ganti dengan kerajaan yang dipimpin kumpulan Melayu cerdik...

No comments:

Post a Comment