26 April 2012

Polis sedia berunding untuk bebaskan Nazaruddin

KUALA LUMPUR 25 April - Polis sedia berunding dengan kumpulan pemisah Abu Sayyaf di Filipina bagi membincangkan jumlah tebusan yang diminta mereka untuk membebaskan Mohd. Nazaruddin Saidin (gambar), peniaga cicak tokek yang diculik sejak Mei tahun lalu.


Rundingan itu dapat dilakukan sekiranya ada pihak di negara ini yang mahu membantu menghulurkan sumbangan untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan bapa kepada enam anak berusia 39 tahun itu.

Menurut sumber polis, pihaknya mendapat maklumat Mohd. Nazaruddin berada dalam keadaan selamat dan terpaksa mengikuti aktiviti kumpulan Abu Sayyaf sepanjang diculik di selatan Filipina.

Bagaimanapun, tiada pihak tampil untuk membantu keluarga peniaga itu yang hidup dalam serba kekurangan dan tidak mampu untuk membayar wang tebusan yang diminta.

No comments:

Post a Comment