26 April 2012

Bekas ustazah hilang


RAMLAH Mohd. Nor menunjukkan gambar anaknya, Norhayati Mat Ripin yang hilang sejak 18 April lalu kepada wartawan di kediamannya di Kampung Cherang Hangus, Bekelam, Bachok, semalam. - UTUSAN/ASMA HANIM



BACHOK 25 April - Seorang ibu tidak menyangka pesanan berkali-kali anak perempuannya agar tidak mencari sekiranya dia 'pergi' menjadi kenyataan apabila dia hilang dari rumah keluarganya sejak minggu lalu.

Norhayati Mat Ripin, 39, yang menghidap penyakit skizofrenia ketika berusia 17 tahun hilang dari rumah ibunya di Kampung Cherang Hangus, Bekelam, dekat sini sejak 18 April lalu.

Ibunya, Ramlah Mohd. Nor, 61, berkata, anak kedua daripada enam beradik itu hilang tanpa disedari sesiapa setelah dia kali terakhir dilihat turun menjemur kain di halaman rumah mereka kira-kira pukul 10 pagi.

No comments:

Post a Comment