28 April 2012

Jamil Khir persoal tindakan lancar Bersih di Madinah

BANGI - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mempersoal dan menyifatkan sebagai gimik politik tindakan pihak-pihak tertentu melancarkan perhimpunan Bersih 3.0 di Madinah dan Mekah seperti dilaporkan beberapa blog.


"Soal patut tak patut (buat pelancaran Bersih) di sana, kena tanya mereka (penganjur)... dan apa matlamat mereka?," katanya kepada pemberita selepas

melancarkan "Arts Life Islam Festival (ALIF)" di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini malam tadi.

Difahamkan Masjid Nabawi di Madinah, dan Masjidilharam di Mekah dijadikan tempat pelancaran Bersih 3.0 itu hari ini. Ia antara lokasi di luar negara menjadi tumpuan Bersih 3.0 kali ini.

Dipetik Bernama, Jamil Khir berkata, ALIF ia dapat meningkatkan kefahaman masyarakat khususnya siswa dan siswi mengenai kesenian Islam.  - SH

* Eloklah dia buat di sana. Lainlah mereka lancar KOTOR 3.0...

No comments:

Post a Comment