28 April 2012

BERSIH 3.0 adalah kotor kerana penganjur tak hormat undang-undang

KUALA LUMPUR: Perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu kota hari ini boleh dikatakan sebagai Kotor 3.0 kerana penganjur dan peserta perhimpunan itu jelas tidak menghormati undang-undang negara.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata ini berlaku lantaran ketiadaan penghormatan kepada nilai-nilai positif dan murni selain tidak mengendahkan mengenai pemuafakatan. "Kalau kita lihat mereka tidak memberi penghormatan kepada undang-undang yang mereka sendiri sokong di Dewan Negara dan Dewan Rakyat, tidak menghormati keputusan mahkamah.

"Apa yang kita nak sangkutkan (berharap) kepada pemimpin-pemimpin seperti ini yang membawa negara kepada politik jalanan, membawa susah-payah kepada orang ramai, kepada percanggahan nilai amalan dan tidak menghormati prinsip-prinsip keagamaan?" katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-45 Badan Kebajikan dan Kemajuan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan Darul Khusus di Kuala Lumpur (Badan). - BERNAMA

* Bagi Umno yang BERSIH itu kotor, yang kotor itu bersih...

No comments:

Post a Comment