28 April 2012

Anwar: 'Kita akan mara ke Dataran walau apapun'

KUALA LUMPUR - Kira-kira 25,000 orang setakat ini menyertai perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) disokong pembangkang di sekitar kawasan pinggiran Dataran Merdeka, di sini, menolak empat tempat lain yang ditawarkan.


Pada perhimpunan itu, yang setakat ini menurut polis adalah terkawal, Pengerusi Bersama Bersih Datuk S. Ambiga terdahulu awal pagi tadi menyeru para peserta perhimpunan agar menghormati perintah mahkamah melarang perhimpunan diadakan di Dataran Merdeka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkumpul di Masjid Negara bersama 5,000 orang sedang bergerak ke arah Dataran Merdeka, menyeru peserta perhimpunan "Kita akan mara ke Dataran Merdeka walau apapun."

Beliau juga menyeru peserta perhimpunan jangan lemah semangat oleh rasa takut ditangkap oleh pihak berkuasa.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melarang penganjur perhimpunan mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka kerana tempat itu hanya dibenarkan untuk acara-acara rasmi bertaraf nasional. - Bernama

No comments:

Post a Comment