03 March 2012

Lelaki Australia seludup dadah ke Indonesia

BALI 2 Mac – Seorang lelaki Australia ditahan pihak berkuasa pada Isnin lalu, di sini selepas dipercayai cuba menyeludup dadah seberat lebih satu kilogram dengan menelannya.

Edward Norman Myatt, 54, hari ini turut tampil pada satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Balis Ngurah Rai bersama 71 kapsul yang dipercayai mengandungi 1.1 kilogram dadah jenis kanabis serta sebiji kapsul methamphetamine.

Menurut pihak berkuasa, kesemua dadah tersebut dianggarkan bernilai kira-kira AS$67,390 (RM208,900) dan dipercayai untuk diseludup ke Indonesia. - Utusan

No comments:

Post a Comment