19 February 2012

PM: Awas kenyataan 'pelik bin ajab'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kontroversi atas dakwaan mahu meminda undang-undang Islam sebelum ini.

Tanpa menyebut nama ketua pembangkang secara jelas, Najib menganggap kenyataan sebegitu sebagai antara cabaran getir umat Islam hari ini.

"Kita sedar kepentingan umat Islam itu penting kita juangkan. Kita berdepan dengan pelbagai cabaran yang getir dan berdepan dengan kenyataan oleh pemimpin tertentu sehari dua ini, yang kita anggap sebagai satu yang mungkin pelik, pelik bin ajaib, ajaib bin pelik.

"Bila kenyataan bahawa undang-undang seksual negara kita perlu dipinda kerana lapuk dan ketinggalan zaman, tertentu sekali terfikir pada kita kenapa undang-undang Allah tak boleh dijelmakan kepada bentuk undang-undang yang kawal manusia? Adakah undang-undang Allah lapuk? " katanya.

Bercakap di dalam majlis bersama sarjana dan ulama Islam di Kuala Lumpur hari ini, Najib mempersoalkan tindakan itu sedangkan rakyat Singapura sebagai "negara bukan Islam" juga tidak mahu memindanya.

Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC) Januari lalu, Anwar diminta menyatakan pendirian sama ada bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi' terhadap kumpulan homoseksual.

Beliau menegaskan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia keseluruhannya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi "tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan".

Beliau menafikan merujuk undang-undang Islam atau mempertahankan aktiviti liwat tetapi merujuk undang-undang sedia ada, termasuk termasuk peruntukan dalam seksyen 377(B) dan 377(C) Kanun Keseksaan yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, khususnya musuh politik. - Malaysiakini

* Yang pelik bila Kelantan hendak laksana undang-undang Islam tapi dihalang...

No comments:

Post a Comment