19 February 2012

KPKK akan bantu Sazali Ramlee yang terlantar

KUALA KLAWANG - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kementerian itu akan membantu anak seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali, 53, yang tidak dapat berjalan sejak kemalangan dua bulan lepas.

Rais berkata, beliau akan menemui Sazali, yang tinggal di Jalan Bunga Raya, Kg. Sentosa, Semenyih di Selangor dalam masa terdekat untuk menyampaikan bantuan kewangan tersebut.

"Untuk bantuan kewangan itu kita mempunyai pelbagai tabung termasuk Tabung Kebajikan Penggiat Seni yang boleh kita gunakan di bawah bantuan am kementerian ini.

"Saya kira tidak kurang dari RM12,000 boleh disumbangkan kepada beliau,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kampung tanpa wayar di perkampungan Orang Asli di Kampung Tohor, dekat sini, semalam.


Sazali pernah menjadi pelakon tambahan dalam dua filem arahan bapanya iaitu Ahmad Albab dan Anak Bapak.

Akhbar semalam melaporkan Sazali sukar berdiri dan berjalan kerana tisu lutut kanannya terkoyak akibat jatuh ke dalam lopak semasa menunggang basikal di pekan Semenyih dan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana baru sebulan bertugas sebagai tukang sapu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment