09 February 2012

NFC: Perjanjian pinjaman tak larang pelaburan hartanah

Perjanjian untuk pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan kepada National Feedlot Corporation (NFC) tidak melarang syarikat tersebut daripada menggunakan dana untuk pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri ternakan lembu, kata ketua pegawai eksekutif (CEO), Wan Shahinur Izmir Salleh.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wan Shahinur Izmir berkata, oleh itu, syarikat tersebut tidak boleh disalahkan kerana membeli hartanah apabila projek fidlot tersebut dihentikan sementara untuk kajian daya maju.

Menurutnya, perjanjian pinjaman itu tidak menyatakan sebarang larangan untuk membuat pelaburan.

Katanya, daripada hanya meletakkan wang dalam instrumen pasaran wang, maka ia dianggap lebih bijak untuk melabur dalam hartanah dalam jangka pendek.

Adalah difahamkan bahawa pelaburan itu merujuk kepada harta yang dibeli di bawah nama syarikat tersebut, termasuk dua unit kondominium One Menerung di Bangsar, Kuala Lumpur dan sebidang tanah di Putrajaya.

Tiga unit kondominium mewah di Singapura yang didedahkan oleh PKR, telah dibeli di bawah nama pengerusi eksekutifnya, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail, yang merupakan suami menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan anak-anak mereka. - Malaysiakini

* Jumlah sebegitu besar dengan perjanjian yang sangat longgar...

No comments:

Post a Comment