09 February 2012

AGM KITA Kedah esok dijangka tuntut Zaid berundur

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA} Kedah akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) esok dan dijangka menuntut Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim meletak jawatan.

Di sebalik kemelut dalam parti itu, KITA Kedah akan meneruskan AGM esok, tegas ketuanya yang baru dipecat, Zamil Ibrahim.

Katanya, AGM di Sungai Petani esok dijangka membuat satu resolusi menuntut Zaid meletak jawatan sebagai presiden KITA kerana didakwa telah mencemarkan nama baik parti itu.

Menurutnya, ahli parti itu akan mendapatkan bantuan Pendaftar Pertubuhan supaya memantau secara serius serta menyiasat perjalanan parti itu di bawah kepimpinan Zaid.

Zamil telah dipecat oleh parti itu bersama-sama dengan rakan sejawatannya dari Pulau Pinang itu, yang juga ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng (gambar) kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang dianggap boleh "merosakkan" parti.

Mereka berdua bersama pemimpin cawangan yang lain, telah mengadakan satu sidang media pada 3 Februari di Putrajaya mengutuk keputusan mendadak Zaid untuk membubarkan KITA, yang diumumkan dalam blognya pada 2 Februari lalu.

Tan dan Zamil enggan menerima pemecatan mereka, dengan mengatakan bahawa ia tidak mengikut prosedur yang betul, dan menyalahkan Zaid yang memecat pemimpinnya menjelang pembubaran parti itu. - Malaysiakini

* Bergaduhlah korang sesama sendiri. Sudahlah kecil...

No comments:

Post a Comment