KUALA LUMPUR, 4 Feb — ADUN Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali hari ini membuat keputusan untuk tidak merayu kepada Majlis Syura Ulama PAS berkenaan pemecatannya yang dibuat parti Islam tersebut pada 8 Januari lalu.
"Selepas mengambil kira pandangan-pandangan alim ulama serta ahli profesional di dalam dan di luar parti, saya mengambil keputusan untuk tidak akan membuat rayuan di atas pemecatan saya yang mana tempoh tamat rayuan tersebut adalah pada 7 Februari ini," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini.
Bekas Pesuruhjaya PAS itu membuat keputusan selepas menimbangkan beberapa faktor yang tidak dipersetujuinya seperti penguasaan golongan "parasit" di dalam parti yang memaksa pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi PAS.
"Saya berpegang kepada kenyataan Mursyidul Am yang manyatakan bahawa segala perkara yang melibatkan saya telah selesai selepas pertemuan di Kota Bharu pada 27 Disember lalu.
"Saya mendapati hala tuju PAS telah terpesong dan akhlak Islam tidak lagi menjadi amalan parti, sedangkan elemen inilah yang mendorong saya menyertai PAS 15 tahun dahulu," katanya.
Menurut bekas exco hal ehwal Islam Selangor ini juga, beliau sendiri menghadapi kesukaran untuk mendaulautkan Islam, Melayu, dan Raja di Selangor berikutan PAS lebih gemar mendengar pendapat parti komponen lain Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP berbanding ahlinya sendiri.
Selain itu, pimpinan parasit PAS juga lebih gemar mengkritik beliau menggunakan media dan kerap menyuarakan pandangan negatif terhadap perjuangannya memartabatkan Islam, Melayu dan institusi Raja di Selangor.
"Saya menetapkan hati untuk tidak merayu terhadap pemecatan saya, malah, saya membantah pemecatan yang dibuat secara arbitari dan autokratik oleh PAS terhadap saya," tegasnya.
Tambahnya, pihak pimpinan parti juga tidak pernah memberikan sebarang surat atau pemberitahuan sama ada bertulis mahupun perjumpaan berhubung pemecatannya itu.
"Banyak kes disiplin sebelum ini yang melibatkan pemimpin dan parti, dan mereka diberi peluang membela diri berdasarkan prinsip "right-to-be heard", tetapi situasi itu tidak berlaku kepada saya," tambahnya.
"Hanya Allah yang akan membuat pembalasan terhadap golongan parasit tersebut yang lebih gemar melihat ketiadaan saya di dalam PAS," tambahnya.
Dalam sidang media tersebut, Hasan turut mencadangkan agar Majlis Syura PAS harus diperkasa bagi menentukan badan ini benar-benar berfungsi supaya dasar parti tidak diperkotak-katikkan oleh parasit dalaman PAS. - TMI
* Parti ISLAM tolak dia, parti MELAYU tolak dia, RAJA tolak dia. Hasan Ali dengan labunya...
No comments:
Post a Comment