23 January 2012

Seorang lagi pelajar lemas di Pantai Sepat

KUANTAN: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat mati lemas mandi di Pantai Sepat di sini petang tadi, sehari selepas dua beradik mati lemas di pantai yang sama ketika berkelah bersama keluarganya.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, berkata mangsa, Arvin Ratnam, 16, dari Air Putih, di sini berkelah di pantai itu bersama empat lagi keluarga saudara maranya sempena cuti Tahun Baru Cina. Beliau berkata, ketika sedang mandi kira-kira 6 petang tadi, mangsa dan seorang lagi saudaranya, Thanusa Ravichandran dari Batu Arang, Selangor, hanyut dibawa ombak kuat. Katanya, Thanusa bagaimanapun diselamatkan ahli keluarga yang lain dan orang ramai yang berada di situ sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini dan dilaporkan stabil.

Semalam, Mohd Saiful Mohamad, 13, dan adiknya, Mohd Zaiful, 11, lemas dalam kejadian jam 5 petang. - Berita Harian

* Pantai Sepat terlalu bahaya untuk pengunjung? Mengapa dibiarkan?

No comments:

Post a Comment