24 January 2012

Pengarang berita TV3 meninggal dunia

Pengarang Berita TV3, Sukardi Abdul Ghany yang juga bekas penolong editor perkhidmatan berita ekonomi meninggal dunia pukul 3.30 pagi ini di Hospital Kuala Lumpur akibat komplikasi buah pinggang.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di No 42, Jalan Joran 19/24, Shah Alam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, pagi ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment