KUALA LUMPUR, 3 Dis – Protes kedua berkenaan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 hari ini menjadi medan deklamasi sajak dengan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said membacakan nukilan beliau sendiri – Merindu Ruang di hadapan hadirin yang memakai kemeja-T kuning Bersih 2.0.Samad menjadi ikon politik baru apabila mengepalai perarakan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
“Kita akan melawan kekerasan dengan sajak yang menawan,” kata ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Wong Chin Huat di hadapan sekitar 200 orang yang menghadiri perhimpunan di pekarangan KLCC.
Kumpulan itu disertai oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin lain parti itu.
Berbanding perhimpunan minggu lalu, pertemuan hari ini berlarutan hampir sejam, dianjurkan oleh Freedom to Assemble Campaign – gabungan dianggotai sekitar 30 pertubuhan bukan kerajaan.
Pertemuan pertama diadakan seminggu lalu – beberapa hari sebelum Rang Undang-undang Perhimpunan Aman diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Bagaimanapun kedua-dua perhimpunan terpaksa dibatalkan atas permintaan unit kawalan keselamatan KLCC.
Hari ini, Wong diberitahu bahawa mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada pengurusan KLCC jika mahu berhimpun di taman KLCC.
Wong menambah, mereka akan terus mengadakan protes sedemikian setiap Sabtu di taman KLCC memandangkan undang-undang berkaitan sudah pun dimansuhkan. - TMI
* Tokoh ini, namanya akan harum sepanjang zaman...
No comments:
Post a Comment