20 December 2011

Kalau bubar esok, tak sempatlah - Abdul Aziz

PUTRAJAYA 19 Dis. - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersikap munasabah dan mengambil kira keperluan SPR dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen.

Abdul Aziz berkata, pihaknya sedang giat bersiap sedia untuk Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tetapi mengakui SPR mungkin tidak sempat dari segi persiapan sekiranya Parlimen dibubarkan esok.

''Kalau bubar esok tidak sempatlah, sekarang sudah hujung tahun dan ramai yang nak beraya. Perdana Menteri seorang yang munasabah dan beliau mengambil perhatian tentang SPR," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, SPR perlu terus melakukan persiapan untuk pilihan raya kerana masih ramai petugas yang perlu dilatih.

''Dari segi persiapannya, kita telah tentukan apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dibeli.

''Ada (kelengkapan) yang telah dibeli dan ada juga yang belum dibeli, persediaan sedang dibuat," katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment