16 October 2011

Cerita perkahwinan bahagia


PERKAHWINAN yang bahagia adalah berkat kesabaran dan kasih sayang yang disemai, namun kedua-dua faktor ini sering tidak diendahkan akibat kehidupan dunia moden yang terlalu sibuk. Maka itu, Mandian Susu Johnson's baby membawa kebahagiaan perkahwinan ke setiap rumah melalui dokumentari TV berjudul Semarak Kasih, Seharum Cinta.

Bakal ditayangkan dalam empat episod, dokumentari ini menyingkap kehidupan empat pasangan selebriti tempatan, antaranya adalah Sari Yanti dan suaminya, Mohd Eddy Casmady, Sharifah Shahirah dan suaminya, Ijoy, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi, serta Susan Manen dan suaminya, Mustapha Kamal.

Setiap episod dokumentari TV ini mendedahkan kreativiti dan usaha pasangan dalam meluahkan kasih sayangnya terhadap suami mereka. Pasangan selebriti ini juga menceritakan kisah cinta mereka. Dengan menunjukkan bagaimana selebriti berusaha supaya cinta mereka kekal membara walaupun telah lama berkahwin dan sibuk dengan anak-anak, Mandian Susu Johnson's baby berharap penonton akan mendapat inspirasi untuk berusaha demi perkahwinan mereka.

"Penyelesaiannya mudah sahaja, iaitu komunikasi. Ini bermaksud, mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh pasangan anda, berbincang bersama, ketawa bersama. Komunikasi bukan sahaja menunjukkan bahawa anda menghargai pasangan anda tetapi juga membantu anda mempelajari tentang dirinya.

Ramai orang beranggapan bahawa mereka tahu segala-galanya tentang suami atau isteri mereka, tetapi satu hari nanti mereka akan sedar bahawa pasangan mereka telah menjadi orang yang asing. Anda perlu menikmati masa bersama dalam perkahwinan. Pasangan yang bertahan lama adalah mereka yang tahu keseronokan bersama dan betapa berharganya keseronokan itu untuk mereka," menurut nasihat Datuk Siti Nor Bahyah.

Ingin mengetahui rahsia selebriti mengekalkan kehangatan cinta dalam perkahwinan? Jangan ketinggalan menonton dokumentari "Semarak Kasih, Seharum Cinta" di TV3, setiap hari Selasa, dari jam 6.00 hingga 6.30 petang, bermula 4 Oktober 2011. - Utusan

No comments:

Post a Comment