Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
14 September 2011
Mat Sabu saman Utusan, Muhyiddin menyusul
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam isu tokoh kontroversi Mat Indera.
Peguam Hanipa Maidin berkata, writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak dinamakan sebagai defenden pertama manakala Utusan Melayu (M) Bhd sebagai penerbit dinamakan sebagai defenden kedua.
Menurut Hanipa, saman itu difailkan berikutan tiga laporan Utusan pada 27 dan 28 Ogos yang didakwa memetiknya melabel Mat Indera sebagai komunis, menuduhnya sebagai "komunis sebenar dan didakwa "mengangkat kezaliman komunis sebagai kemuliaan".
Laporan muka depan pada 27 Ogos itu memetik ucapan Mohamad di Bukit Gelugor, Pulau Pinang manakala dua laporan sehari selepasnya memetik pemegang Pingat Jasa Malaysia Kanang Anak Langkau dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
'Tuduhan politik' tidak disaman
Hanipa berkata, dalam writ saman yang difailkan, Utusan dituntut menarik balik penyiaran laporan itu, membuat permohonan maaf selama tiga hari di muka depan dan membayar gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi melampau, dengan kos kepada anak guamnya.
Jumlah saman tidak dinyatakan dan diserahkan kepada mahkamah untuk menentukannya.
Katanya, walaupun Utusanmenjawab notis tuntutan yang dihantar anak guamnya sebelum ini, mereka mengambil keputusan meneruskan tindakan undang-undang kerana jawapan itu tidak menyatakan penarikan balik laporan dan pemohonan maaf akan dibuat.
"Atas keengganan itu, saya diarahkan anak guam saya meneruskan tindakan undang-undang," kata peguam PAS itu dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Sementara Muhydin pula akan disaman kerana enggan membuat penjelasan walaupun diberikan peluang berdebat atau berdiolog dengan Mohamad berhubung isu berbangkit, kata Hanipa.
Sementara itu, Mohamad berkata, saman itu dibuat kerana tuduhan yang dibuat, termasuk mengelarnya sebagai "pengganas", "komunis" dan menyuruhnya "bertaubat dan bertakwa" boleh menyebabkan keselamatannya dan keluarga terjejas.
Katanya, ia tidak seperti "tuduhan politik" yang dibuat terhadapnya seperti gelaran bacul dan penakut yang boleh dijawab melalui media dan program penerangan PAS. - Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment