KUALA LUMPUR 9 Sept – Kerajaan membuat keputusan yang betul dalam meliberalisasi sektor pendidikan tinggi swasta sejak 1996 yang telah membolehkan lebih ramai penuntut melanjutkan pengajian mereka di dalam negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang digubal pada 1996 telah menggalakkan sektor swasta, syarikat berkaitan kerajaan dan institusi pengajian tinggi luar negara menubuhkan universiti swasta dan cawangan tempatan universiti luar negara serta menjalin program berkembar di negara ini.
"Semasa saya menjadi Menteri Pendidikan dari 1995 hingga 1999, kerajaan membuat keputusan meliberalisasi sektor pengajian tinggi untuk menyediakan lebih banyak tempatan bagi anak-anak kita di dalam negara.
"Mengimbau kembali keputusan itu, saya ingin menyatakan bahawa ia satu keputusan yang tepat dan menjadi popular dalam menyediakan lebih banyak tempat kepada rakyat Malaysia kerana institusi tempatan tidak dapat menampung semua pelajar yang layak dan Malaysia tidak mampu menampung kos pengajian di sebarang laut,” katanya pada Majlis Konvokesyen ke-13 Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Wisma MCA di sini.
Najib berkata, kesediaan Malaysia melabur dalam membangunkan modal insan telah memberi manfaat kepada negara. – Bernama
* Angkat bakul sendiri bukan kelakuan yang baik...
No comments:
Post a Comment