WASHINGTON 22 Ogos - Setiausaha Amerika Syarikat, Hillary Clinton semalam berkata, beliau 'sangat kecewa' dengan hukuman penjara lapan tahun yang dikenakan kepada dua rakyat Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa mereka tersesat ke Iran.
"Kami (AS) sangat kecewa dengan pihak mahkamah Iran yang menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada Shane Bauer dan Joshua Fattal. Kami bersedia untuk menghubungi dan berusaha membebaskan mereka berdua supaya dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing," katanya.
Hakim mahkamah Tehran, Abbas Jafari Dolatabadi semalam mengesahkan Iran telah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap dua rakyat AS itu atas kesalahan memasuki negara itu secara haram dan mengintip.
Bauer dan Fattal, kedua-duanya berusia 29 tahun, ditahan dengan seorang lagi rakyat AS, Sarah Shourd, 32, di sempadan Iraq-Iran pada akhir Julai 2009, namun Shourd dibebaskan atas masalah kesihatan pada September tahun yang sama dan dibenarkan pulang ke AS.
Washington dengan tegas menafikan tuduhan Tehran yang mengatakan mereka bertiga adalah perisik dan berulang kali meminta Iran membebaskan Bauer dan Fattal. - AFP / Utusan
No comments:
Post a Comment